Appendices 218 RINGKASAN DALAM BAHASA MELAYU Kemajuan teknologi dalam perubatan kini telah meningkatkan penjagaan pesakit kegagalan jantung, terutamanya bagi sejenis kegagalan jantung yang dikenali sebagai kegagalan jantung kronik dengan pecahan ejeksi berkurangan (HFrEF). Piawaian penjagaan pesakit adalah berdasarkan bukti kukuh yang diperolehi daripada percubaan klinikal yang direka dan dilaksanakan dengan teliti. Satu siri ujian klinikal yang dikendalikan semenjak tahun 1990-an telah berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya lima kategori ubat yang berkesan dalam membantu pengurangan kadar kematian dan menghasilkan ubat yang lain dengan simptom yang kurang serta pengurangan kadar kemasukan hospital di kalangan sebahagian pesakit . Pada skala global, ini menandakan rawatan yang tersedia adalah berkesan untuk lebih kurang 64 juta orang yang mempunyai penyakit kegagalan jantung. Jika kebanyakan pesakit ini dirawat dengan secukupnya dengan ubat-ubatan ini, penurunan progresif dari segi kadar kematian penduduk adalah dijangka. Sesungguhnya, pemerhatian ini jelas dilihat dalam tempoh antara 1990-an dan 2000an. Akan tetapi, penurunan trend kematian selepas tempoh tersebut telah tergendala. Antara sebab kekurangan penambahbaikan dari segi penurunan kadar kematian penduduk adalah hanya sebilangan kecil daripada pesakit yang menerima rawatan secara optima. Maka, potensi penuh rawatan masih belum tercapai. Kebanyakkan kajian percubaan klinikal merekrut populasi yang terpilih, iaitu golongan lebih muda dan tidak mempunyai atau hanya satu atau dua komorbid kesihatan. Hal ini menyebabkan kekurangan data berkenaan keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan terutamanya di kalangan pesakit yang berumur, wanita dan golongan yang mempunyai lebih komorbid. Masalah kekurangan data ini menjadi cabaran terhadap pengamal kesihatan untuk memulakan rawatan di kalangan golongan orang yang biasanya kurang diwakili dalam ujian klinikal. Dalam tesis ini, matlamatnya adalah untuk memahami perbezaan serta jurang di antara peserta percubaan klinikal dan pesakit biasa bagi kegagalan jantung dan seterusnya bagaimana jurang ini mempengaruhi prognosis penyakit antara kedua-dua populasi tersebut. Objektif ini akan diterokai dan dikaji berdasarkan kelayakan penglibatan dalam ujian klinikal dan bagaimana langkah ini dapat mempengaruhi aplikasi data ujian klinikal secara umum. Pemahaman tahap ketidakpadanan ini adalah penting
RkJQdWJsaXNoZXIy MjY0ODMw