Proefschrift

Ringkasan dalam Bahasa Melayu 219 bagi usaha penyelidikan untuk saling melengkapi jurang bukti kajian bagi semua variasi pesakit yang mengalami kegagalan jantung. Adalah penting untuk menyedari bahawa cabaran lazim untuk langkah pertama ini termasuk kekangan akses kepada set data percubaan klinikal terutamanya bagi kajian percubaan klinikal yang dari tajaan industri farmaseutikal. Dalam konteks ini, kolaborasi di antara pihak awam dan swasta seperti kerjasama BigData@Heart memainkan peranan penting dalam memudahkan perkongsian data pesakit antara entiti komersial dan akademik ke arah matlamat utama iaitu bagi meningkatkan kepelbagaian dan perwakilan orang yang mengalami kegagalan jantung dalam percubaan klinikal ubat-ubatan. Bab 1 memperkenalkan topik mengaplikasikan data percubaan klinikal secara umum dan rangka bagi projek dalam tesis ini. Bab 2 pula memberi tumpuan kepada menilai kelayakan penglibatan pesakit kegagalan jantung biasa dalam percubaan klinikal sebagai ukuran aplikasi percubaan klinikal secara umum dan sejauh mana perbezaannya antara kedua-dua populasi tersebut. Dalam Bab 2.1, kami membandingkan ciri-ciri pesakit antara lima ujian klinikal kegagalan jantung dan dua registri pesakit biasa kegagalan jantung bagi menilai jurang antara mereka. Kami mengesahkan bukti terdahulu bahawa pesakit yang terlibat dalam percubaan klinikal adalah lebih muda dalam lingkungan 10 tahun berbanding dengan pesakit biasa dan perwakilan golongan wanita adalah rendah, di mana bilangannya adalah 30 peratus lebih rendah daripada perwakilan di kalangan pesakit biasa. Di samping itu, tahap keparahan penyakit yang lebih rendah di kalangan peserta percubaan klinikal apabila dibandingkan dengan pesakit kegagalan jantung yang biasa diketemui di fasiliti kesihatan. Walaupun kebarangkalian kematian kelihatan lebih rendah di kalangan pesakit percubaan klinikal berbanding pesakit biasa daripada registri, perbezaan ini dapat dijelaskan sepenuhnya dari segi ciri individu dan penyakit latar belakang antara dua kumpulan ini. Walaubagaimanapun, apabila kami menjurus kepada kematian yang berkaitan dengan penyakit jantung, peratus di antara dua populasi tersebut adalah berbeza, iaitu peserta percubaan klinikal mempunyai kebarangkalian 30% lebih tinggi meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Perbezaan ini mungkin berpunca daripada penyakit lain yang tidak didokumenkan atau faktor lain yang berkaitan kecenderungan untuk mengambil bahagian dalam percubaan klinikal. Dalam bab 2.2, kami memperluaskan skop pencarian daripada lima percubaan klinikal kepada semua percubaan klinikal HFrEF yang didaftarkan pada repositori percubaan klinikal, ClinicalTrials.gov dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MjY0ODMw