Proefschrift

Appendices 220 meringkaskan kriteria kemasukan utama kepada percubaan ini. Berbanding pendekatan dalam bab 2.1, dalam bab ini kami menilai senario andaian dengan menggunakan kriteria kemasukan khusus setiap percubaan klinikal ke atas individu dari data registry kegagalan jantung daripada Asia dan Eropah untuk mengira peratusan yang layak memasuki percubaan klinikal. Langkah ini dilakukan ini untuk 163 ujian dan didapati bahawa hanya satu perlima daripada pesakit registri yang layak untuk mengambil bahagian dalam percubaan klinikal. Secara keseluruhan, tiada perbezaan dari segi kelayakan menyertai percubaan klinikal di antara pesakit registri daripada Asia dan Eropah. Terdapat beberapa kriteria kemasukan yang lebih cenderung untuk mengecualikan pesakit biasa daripada percubaan klinikal. Kriteria ini termasuk sejarah kemasukan hospital kerana kegagalan jantung, sejarah kemasukan hospital kerana serangan jantung, kategori Persatuan Jantung New York (ukuran tahap keparahan kegagalan jantung) yang lebih serius, dan faktor umur. Mengenai perwakilan mengikut demografi penduduk, kami telah mengenal pasti dalam bab 3.1 bahawa perwakilan wanita dan warga emas yang tidak mencukupi sering berlaku dalam percubaan klinikal kegagalan jantung. Dengan data percubaan klinikal yang sedia ada, kami mendapati bahawa perbezaan kadar kematian di antara peserta percubaan klinikal kegagalan jantung dan pesakit biasa kegagalan jantung terbahagi antara golongan lelaki dan perempuan yakni golongan lelaki dalam percubaan klinikal mempunyai risiko kematian 40% lebih tinggi dari pesakit golongan lelaki pesakit biasa. Bagi wanita, tiada perbezaan kadar kematian berkaitan penyakit jantung antara pesakit percubaan klinikal dan pesakit registri. Hal ini menunjukkan bahawa faktor di luar kriteria kelayakan, seperti faktor penyelidik percubaan klinikal dan faktor pesakit telah mempengaruhi kadar penyertaan secara berbeza di antara golongan lelaki dan perempuan. Daripada perspektif yang berbeza, kami membentangkan data mengenai 105 399 kemasukan ke hospital untuk kegagalan jantung dari Malaysia dalam bab 3.2. Bilangan mutlak kemasukan pertama ke hospital untuk kegagalan jantung meningkat sebanyak 52% dari tahun 2007 hingga 2016, dimana ianya didorong oleh faktor peningkatan umur populasi terutamanya di kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Peningkatan bilangan warga emas yang masuk ke hospital kerana kegagalan jantung ini menyerlahkan keperluan untuk meningkatkan data percubaan klinikal bagi golongan ini berbanding tahun-tahun sebelum ini. Apabila faktor umur pesakit dikecualikan dalam analisis data, didapati bahawa kadar kemasukan hospital

RkJQdWJsaXNoZXIy MjY0ODMw