Proefschrift

Ringkasan dalam Bahasa Melayu 221 kerana kegagalan jantung mengalami penurunan sebanyak 1% setiap tahun. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa sebahagian kes kemasukan hospital dapat dijangka, dicegah atau ditangguhkan oleh langkah-langkah sedia ada dalam rawatan penyakit jantung. Bab 3.3 meneroka lebih lanjut perkembangan penyakit kegagalan jantung ini dari segi kemasukan ke hospital secara berulangan dan kematian. Walaupun terdapat perbezaan ketara dari segi hasil rawatan kegagalan jantung di antara kumpulan kaum/etnik, kekurangan dokumentasi berkenaan kaum/etnik di kalangan peserta percubaan klinikal menghalang penilaian aplikasi secara umum mengikut kaum/etnik kecuali untuk negara yang terpilih seperti Amerika Syarikat di mana data kedua-dua percubaan klinikal dan data kohort pemerhatian tersedia ada. Dalam konteks penduduk Malaysia, kami menunjukkan yang biasanya ianya dikategorikan sebagai satu kumpulan kaum homogen Asia / Asia Tenggara dalam percubaan klinikal, masih terdapat perbezaan kadar kemasukan semula hospital dan hasil kematian di antara etnik. Pesakit kegagalan jantung berkaum India mempunyai risiko 20% dan 13% lebih rendah untuk kematian dalam 30 hari dan 1 tahun setelah discaj dari hospital berbanding kumpulan etnik majoriti, iaitu kaum Melayu manakala kaum Lain-lain, yang kebanyakannya terdiri daripada kumpulan Orang Asli mempunyai risiko kematian 30% lebih tinggi dalam tempoh 30 hari dari discaj hospital. Hal ini menggariskan kepentingan mewakili semua kumpulan kecil kaum/etnik dalam populasi percubaan klinikal daripada perspektif seluruh penduduk. Sebagai pengakhiran, dalam (Bab 4), kami merumuskan situasi semasa secara umum tentang aplikasi percubaan klinikal serangan jantung dan membincangkan perspektif masa depan ke arah mengoptimumkan perwakilan peserta percubaan klinikal bagi meningkatkan aplikasi data percubaan klinikal secara umum

RkJQdWJsaXNoZXIy MjY0ODMw